Wednesday, May 28, 2014

Indonesia : Pangalengan | By: Fatin Liyana

Kau orang tau apa itu rafting? Kalau dalam bahasa Indonesia kita panggil dia arung jeram. Dalam bahasa Malaysia aku tak tahu depa panggil apa. Mungkin mengharungi jeram. Eceh macam mengharungi badai pon ada. Mengikut kata encik wiki, dia kata rafting ni adalah sejenischallenging recretional outdoor activity. Kenapa ia challenging? Kerana aktiviti ini dilakukan at different degrees of rough water yang bisa menyebabkan anda cedera parah kalau tak dengar kata instructor akibat banyak sangat berbughak (baca: berborak)

Itu hari aku pergi travel ke Medan & Jakarta sensorang. Aku rasa macam akulah manusia paling cool dan ohsem. Setelah aku pulang ke Bandung, aku cuma rehat satu hari and the next day, aku dengan 20 member-member yang lain telah pergi rafting di Situ Cileunca, Pangalengan. Untuk mengukuhkan bukti bahawa aku sememangnya ohsem, korang haruslah tahu yang aku keluar rumah pada pukul 6.30 pagi. Semangat bukan? Mind you perjalanan ini mengambil masa selama 2jam setengah. Yup aku tido sepanjang jalan. Akibatnya aku terlepas untuk menikmati panorama yang sungguh breathtaking =')


1# Beautiful sky & trees | 2# Instructor menyediakan lifejackets, helmets & pedals untuk setiap ahli kumpulan | 3# Aku semangat beratur depan sekali dan selamba melantik diri sendiri menjadi ketua kumpulan walaupun tidak diredhai oleh teman yang lain haha.

Kami mesti kena dengar briefing daripada instructor sebab dia kata berlaku 75% kemalangan di Sg Palayangan ini. Ada yang meninggal pon. Sebab cuak jadi semua orang tekun mendengar briefing teehee. Setiap inflatable boat akan ditemani oleh seorang instructor. Thank god! Dan aktiviti ini adalah sepanjang 5km.

Kami diajar bagaimana nak handle boat tu. How to hold the pedal, how to kayuh forward & backward, do's & don'ts and all sorts of accident & emergency that could possibly happen. Dengar pon dah cuak siryes aku rasa macam oklah bro aku balik dulu, aku takmau mati kat sungai apetah lagi ketika rafting. Tapi adalah sungguh tidak jantan kalau buat benda separuh jalan so yeah =') (walaupun bukan jantan)

1# Menuju ke kawasan sungai | 2# Mula-mula seronok kerana tidak berjumpa dengan jeram lagi.



1-4# Beginilah rupanya kalau anda main rafting. Kan dah kata ia adalah challenging.

Jantung macam nak tercabut, muscle di tangan menjadi strain akibat memegang pedal yang berat, inflatable boat macam gila pergi langgar-langgar batu, pokok, ranting whatsoever yang ada depan mata. Yang paling kasihan adalah 2 manusia di depan kerana bahagian depanlah yang akan tenggelam dahulu sebelum apa-apa. Sungguh tidak aci. Sudah berapa kali aku & mila tenggelam dalam boat sendiri sedangkan orang belakang cuma kena water splash.


 1# Ok baru puas hati kerana semua tenggelam bersama haha!


1# Kami semua happy! | 2# Lunch makan makanan kampung, kehkeh kantoila aku makan banyak macam ahli sukan | 3# Bergambar sebelum pulang

Tahu tak inflatable boat kitorang terbalik? Aimi pula terkeluar dari boat dan tergapai-gapai di jeram! Instructor tu bagaikan hero dia cepat-cepat selamatkan Aimi. Aimi selamat tapi crocs dia hilang sebelah. Aku pula sedang sibuk mengelak dari duri-duri pepohon rimba yang kurang ajar. Ada ke selamba je ranting tu boleh sebat muka aku? Ayah aku pon tak pernah sebat aku pakai ranting tau. Eh ada pulak orang sebat anak dia pakai ranting? Macam tak praktikal jer.

Apapon kami kemalangan ketika di jeram yang agak curam. Akibatnya bibir aku berdarah, pedih dia bukan main kepalang wa cakap lu. Menitik jugak air mata gua haha! Tapi siryes bestla, tak terasa pon 5km! We want moreeee we want moreee. Walaupun boat kami terbalik, muka kami tersebat-sebat dengan duri dan ranting, pinggang kami macam nak patah, selipar aku putus, bibir aku berdarah dan aimi lemas namun ini adalah pengalaman paling berharga. Aku terasa bagaikan jaguh. Jaguh yang jarang ada di abad ini. Jaguh yang hanya ada setiap 15 tahun, whatever that means LOL.


Disclaimer : this blog post is not written by the owner blog. it just a compilation of the tudung travel to be use as a guideline. Regards.

No comments:

Post a Comment